Jumat, 15 Juli 2011

Cetak Artikel Ini
Babi, atau dalam bahasa Arab, khinzir ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermuncung panjang dan berhidung leper. Babi merupakan haiwan omnivor yang memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Secara saintifiknya, babi dikelaskan seperti berikut:

Alam : Haiwan
Filum : Kordata
Subfilum : Vertebrat
Kelas : Mamalia
Ordo : Artiodactyla
Famili : Suidae
Genus : Sus
Spesis :
  • Sus barbatus (bearded pig)
  • Sus salvanius (pygmy hog)
  • Sus scrofa (wild boar)
  • Sus verrucosus (Javan pig)
  • Sus bucculentus (Vietnam warty pig)
  • Sus cebifrons (Visayan warty pig)
  • Sus celebensis (Celebes wild boar)
  • Sus heureni (Flores warty pig)
  • Sus oliveri (Mindoro warty pig)
  • Sus philippensis (Philippine warty pig)
  • Sus timoriensis (Timor wild boar)
Rajah menunjukkan bahawa babi hutan (sus scrofa) merupakan sub-spesis bagi babi.

Berdasarkan pengelasan saintifik di atas, babi hutan (wild boar) ialah sub-spesis bagi babi. Jadi jelas bahawa babi dan babi hutan tidak sama maksudnya.

Jika dikatakan babi haram dimakan, maka kesemua jenis babi (sub-spesis) itu haram, tanpa mengira babi hutan atau babi ternak atau babi apapun. Tetapi jika dianggap babi hutan haram, bermakna semua jenis babi boleh dimakan kecuali babi hutan.

Jadi mana satu yang haram dimakan? Babi atau babi hutan?

Dalam Al-Kitab (Bible), timbul kekeliruan kerana babi dan babi hutan sering ditukar ganti mengikut versi cetakan, sedangkan kedua-duanya tidak sama maknanya. Sila perhatikan kronologi Imamat 11:7 berikut berdasarkan cetakan Lembaga Al-Kitab Indonesia:

LAI 1971 - dan lagi babi, ...
LAI 1979 - Demikian juga babi hutan, ...
LAI 1990 - Demikian juga babi, ...
 LAI 2008 - ... babi hutan ... ??

Masyhud SM dalam bukunya yang berjudul ‘Dialog Santri dan Pendeta’ menulis bahawa Lembaga Al-Kitab Indonesia terpaksa mengganti ayat Taurat dalam Perjanjian Lama dengan mengubah perkataan babi menjadi babi hutan pada tahun 1979 untuk lebih melindungi 'umat Kristian' agar terus bebas makan babi.

Di dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - karena sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Surah Al-An’am, ayat 145)

Meskipun Al-Quran telah dicetak berulang kali dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia, namun maksudnya tetap tidak berubah, yakni babi itu haram.


Dikirim oleh Putra Kembara @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "Babi dan Babi Hutan: Mana yang Haram?" ini telah dikirim oleh Putra Kembara. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2011/07/babi-dan-babi-hutan-mana-yang-haram.html. Semoga bermanfaat.

3 komen:

  1. dua dua memang haram..nama pun da ba alif ba ya...

    BalasHapus
  2. yaa betulll :) tepat skali..bila diharamkan babi sekaligus bermakna babi hutan juga haram..tapi ada tangan2 gatal ubah ayat2 Tuhan..benarlah firman Allah SWT:

    Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan. (QS at-Taubah : ayat 9).

    BalasHapus
  3. dah nama pun babi, of koz hareemmm huhu

    BalasHapus

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA