Berita baik kepada anda yang selalu bermimpi terbang di awan biru. AirAsia, syarikat tambang murah pertama di Asia, kini menawarkan peluang kepada anda untuk menjadi sebahagian daripada warganya dan sekaligus merealisasikan impian anda.
AirAsia akan mengadakan satu temuduga terbuka (walk-in interview) untuk jawatan pramugara dan pramugari pada hari dan waktu berikut:
Jawatan: Pramugari / Pramugara (Kakitangan Kabin)Tarikh: 17 Julai 2011Tempat: Park Royal Hotel, Kuala LumpurMasa Pendaftaran: 9am – 3pmTempat kerja: Terminal LCC, Sepang
Now Everyone Can Fly...
Kelayakan:
- Lelaki / Wanita (Warganegara Malaysia);
- Umur: 20 – 35 tahun;
- Tinggi: min. 157cm, mak. 170cm (wanita) dan min.170cm, mak. 180cm (lelaki);
- SPM dengan KREDIT dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia atau setaraf;
- Personaliti menarik;
- Fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris.
Sila bawa (MESTI ADA) dokumen-dokumen berikut:
- Kad Pengenalan dan Passport asal beserta salinan
- Sekeping gambar terbaru berukuran passport
- Sekeping gambar lengkap berukuran poskad
- Sijil-sijil akademik dan sijil lain beserta salinan
- Resume terbaru

