Rabu, 13 Juli 2011

Cetak Artikel Ini
PERADABAN MUNDUR DAN BERKEMBANG SERENTAK

Darwinisme tetap berpendapat bahawa manusia dan juga budaya yang dimiliki berkembang daripada peringkat asas, primitif, bangsa dan menuju ketamadunan. Walau bagaimanapun, penemuan arkeologi menunjukkan bahawa sejak permulaan sejarah manusia, telah ada titik-titik di mana masyarakat yang bertamadun hidup bersama dengan komuniti yang mundur. Hakikatnya, pada kebanyakan masa, masyarakat yang kaya dengan budaya telah wujud bersamaan dengan mereka yang terkebelakang. Sepanjang sejarah, kebanyakan masyarakat di zaman yang sama mempunyai tahap teknologi dan peradaban yang berlainan, dengan perbezaan sosial dan budaya - seperti mana juga hari ini. Misalannya, walaupun benua Amerika Utara kini maju dalam bidang perubatan, sains, senibina dan teknologi, sesetengah komuniti di Amerika Selatan agak mundur dari segi teknologi dan tiada rangkaian ke dunia luar. Pelbagai penyakit di kebanyakan bahagian di dunia dikenal pasti melalui teknik pengimejan dan analisis yang amat maju, dan dirawat di hospital-hospital moden. Tetapi di sebahagian dunia yang lain, kebanyakan penyakit dianggap berkembang di bawah pengaruh semangat jahat, dan penyembuhan melibatkan pelbagai upacara untuk membuang roh-roh tersebut.

Masyarakat seperti bangsa Indus, Mesir purba dan Sumeria yang hidup di sekitar 3,000 SM, mempunyai budaya yang secara relatifnya lebih baik dalam segala aspek berbanding dengan bangsa-bangsa hari ini, malahan juga lebih daripada masyarakat yang kini lebih maju. Ini bermakna bahawa sepanjang sejarah, masyarakat dengan peradaban tinggi telah hidup bersama dengan komuniti yang kurang berbudaya. Masyarakat yang wujud ribuan tahun dahulu sebenarnya mungkin jauh lebih maju daripada manusia di abad ke-20. Ini menunjukkan bahawa tiada sebarang perkembangan dalam rangka proses evolusi - dengan erti kata lain, daripada primitif kepada bertamadun.

Sepanjang perjalanan sejarah, pastinya banyak kemajuan penting telah dibuat dalam semua bidang, dengan langkah dan pembangunan hebat dalam sains dan teknologi, syukur pada perkembangan budaya dan pengalaman. Walau bagaimanapun, adalah tidak rasional dan saintifik untuk mengatakan bahawa perubahan tersebut merupakan proses evolusi seperti mana yang digambarkan oleh evolusionis dan materialis. Oleh kerana tiada perbezaan ciri-ciri fizikal antara manusia kini dengan mereka yang hidup ribuan tahun dulu, maka tiada juga perbezaan dari segi kecerdikan dan kemampuan. Pandangan yang menggambarkan bahawa tamadun kini lebih maju kerana kapasiti otak dan kepintaran manusia di abad ke-21 lebih berkembang adalah perspektif yang salah, hasil daripada propaganda evolusionis. Hakikatnya, memang terdapat perbezaan tanggapan dan budaya di antara masyarakat yang hidup di wilayah-wilayah yang berlainan. Tetapi jika orang asli di Australia tidak mempunyai ilmu yang setanding dengan saintis Amerika, itu tidak bermakna yang otaknya belum cukup berkembang. Ramai orang yang dilahirkan di dalam masyarakat sedemikian mungkin belum tahu tentang kewujudan elektrik, tetapi masih mempunyai tahap kepintaran yang tinggi.

Tambahan pula, keperluan berbeza muncul pada kurun yang berlainan. Tahap fesyen kita pada hari ini tidak sama dengan masyarakat Mesir purba, tetapi tidak bererti budaya kita lebih maju daripada mereka. Sementara bangunan pencakar langit melambangkan ketamadunan abad ke-21, bukti peradaban di zaman mereka ialah piramid dan sphinx.

Persoalannya terletak pada perspektif dari mana fakta-fakta ditafsirkan. Seseorang yang bermula dengan pra-anggapan yang menyokong perkembangan evolusi akan menilai semua maklumat yang diterima berlandaskan prejudis tersebut. Maka dia akan berusaha untuk mempertahankan kenyataannya dengan cerita-cerita dongeng. Dengan hanya berdasarkan pecahan telulang fosil, dia akan mengagak banyak perincian, seperti bagaimana manusia yang hidup di kawasan itu menjalani kehidupan seharian mereka, struktur keluarga dan hubungan sosial mereka, sejajar dengan andaian awal berkenaan. Dia kemudiannya akan menyimpulkan, berdasarkan hasil penemuan tersebut, bahawa mereka tidak mampu berdiri tegak dan mendengus, diselaputi bulu dan menggunakan alatan batuan yang kasar - bukan kerana ia dinyatakan oleh bukti saintifik, tetapi ideologinya yang memerlukan semua khayalan itu. Sebenarnya, fakta-fakta yang dijumpai langsung tidak menunjukkan sebarang keadaan seumpama itu. Gambaran itu hanyalah pemahaman yang terhasil daripada mentaliti para pejuang Darwinisme.

Pada masa ini, ahli-ahli arkeologi yang membuat kajian lebih mendalam tentang zaman yang dibincangkan berdasarkan tinggalan fosil, ukiran batu atau lukisan pada dinding gua, hampir tiada perbezaan dengan contoh di atas. Evolusionis masih lagi menulis tentang hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat primitif berlandaskan analisis yang prejudis terhadap bukti-bukti yang ada. Gambaran dan ilustrasi khayalan mereka masih menghiasi halaman dalam banyak majalah dan akhbar.

Ini satu lagi senario yang dicipta oleh Louis Leakey, antara evolusionis kontemporari terkenal, berkaitan dengan kehidupan seharian orang primitif:

Mari kita bayangkan sebentar seolah-olah kita mampu memerhati rangkaian peristiwa di petempatan batu lebih kurang dua puluh atau tiga puluh ribu tahun dahulu.

Seorang pemburu di Zaman Batu sedang merayau menuruni lembah untuk mencari haiwan buruan sewaktu terlihat sebuah gua di tebing curam di atasnya. Dia kemudiannya memanjat dengan berhati-hati dan waspada, takut jika gua itu didiami oleh kelompok orang Zaman Batu lain yang akan marah dengan kehadirannya, atau mungkin juga itu adalah sarang singa atau beruang. Akhirnya, dia amat hampir dan dapat melihat dengan jelas bahawa gua tersebut kosong, kemudian dia masuk dan memeriksa keadaan sekeliling. Dia membuat keputusan bahawa gua itu lebih sesuai untuk didiami berbanding dengan tempat tinggal keluarganya sekarang, dan terus pergi menjemput mereka.

Kemudian, kita melihat keluarga itu sampai dan mendiami rumah baru mereka. Api dinyalakan sama ada melalui sedikit bara yang dibawa dari rumah lama, atau dengan cara ian yang mudah, penggerek api kayu. (Tidak dapat dipastikan cara sebenar yang digunakan oleh orang Zaman Batu untuk memarakkan api, tetapi kita tahu bahawa mereka telah mengguna api sejak awal lagi kerana lantai pediang atau perapian merupakan ciri yang biasa ditemui dalam hampir setiap peringkat kehidupan di gua dan petempatan batu.)

Barangkali beberapa anggota keluarga itu kemudiannya pergi mengumpul rumput atau pakis untuk dijadikan alas tempat tidur, sementara yang lain memetik ranting dari semak dan pokok di kawasan belukar berhampiran lalu membina dinding kasar menutupi kawasan hadapan gua. Kulit pelbagai binatang liar dibentang dan diletakkan di dalam rumah bau, bersamaan dengan barangan rumah lain yang dimiliki.

Kini keluarga tersebut telah sepenuhnya berpindah, dan rutin seharian berulang lagi. Yang lelaki memburu dan memerangkap haiwan untuk dijadikan makanan, yang perempuan mungkin juga membantu dalam pemburuan ini dan mengumpul buah-buahan dan akar yang boleh dimakan.1

Gambaran yang amat terperinci tadi sekadar berdasarkan imaginasi penulisnya dan langsung tiada bukti saintifik. Evolusionis yang menokok-tambah cerita dongeng sedemikian dengan pelbagai istilah sains, semata-mata hanya berlandaskan kepada beberapa ketulan tulang. (Sebenarnya, fosil-fosil tersebut tidak menunjukkan sebarang kewujudan proses evolusi - bertentangan sekali dengan dakwaan evolusionis!). Jelas bahawa serpihan tulang tidak mampu memberi maklumat yang tepat tentang apa jua emosi yang menjadi ilham masyarakat zaman purba, cara kehidupan seharian mereka, atau bagaimana mereka berpisah di kalangan mereka sendiri.

Tetapi, dongeng evolusi manusia ditokok tambah dengan senario dan ilustrasi khayalan yang tidak terkira, dan diguna secara bebas oleh evolusionis. Gagal mengelak daripada dogma evolusi sejak mula mengemukakan teori ini, mereka telah menghasilkan versi berlainan tentang senario di atas. Tujuannya bukan untuk memberi penjelasan, sebaliknya menyebarkan doktrin dan propaganda agar ramai orang percaya akan kewujudan orang primitif.

Ramai evolusionis cuba membuktikan dakwaan mereka dengan menghasilkan senario sedemikian walaupun tanpa adanya sebarang bukti sokongan. Tetapi setiap penemuan baru apabila ditafsir dengan cara yang benar, dengan jelas akan mendedahkan kepada mereka beberapa fakta, antaranya: manusia sememangnya manusia sejak kewujudannya lagi. Sepanjang sejarah, sifat-sifat seperti kepintaran dan kebolehan artistik tetap sama. Mereka yang hidup di masa lampau bukan primitif, makhluk separa manusia dan separa binatang, seperti mana yang digambarkan evolusionis. Mereka berfikir, bertutur sepertimana manusia, menghasilkan kerja-kerja seni dan mengembangkan struktur budaya dan etika. Sebentar lagi, kita akan melihat penemuan arkeologi dan paleontologi membuktikan hal ini dengan jelas dan tidak dapat dipertikaikan.


* bersambung...

Diterjemah daripada sumber: HarunYahya.com
1. L.S.B. Leakey, Adam's Ancestors: The Evolution of Man and His Culture, New York and Evanston: Harper & Row, Publishers, 4th Ed., 1960, pp. 9-10.
 

Dikirim oleh Putra Kembara @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "Zaman Batu: Satu Pembohongan Sejarah - Siri 3" ini telah dikirim oleh Putra Kembara. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2011/07/zaman-batu-satu-pembohongan-sejarah.html. Semoga bermanfaat.

1 komen:

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA