Mencari...
Saturday, August 27, 2011

Tawaran Kemasukan Putera Baru Ke MTD Bagi Tingkatan 4 Sesi Pengajian 2012

10:31:00 PM
Maktab Tentera Diraja
Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2011.

Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Jantina: Lelaki.
  • Tinggi Minimum – 152sm.
  • Berat Minimum – 40.5kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
  • Ukuran dada 74sm (biasa) dan 79sm (tarik nafas).
  • Penglihatan – baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 4A 2B (A dalam dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains) dalam Peperiksaan Percubaab PMR Tahun 2011.
  • Pelajar perlu mengisi boring permohonan kemasukan BAT B 115 Pin 3/03 Maktab Tentera Diraja dan menduduki Ujian Khas MTD (UKMTD) sebagai prasyarat kemasukan ke Tingkatan 4 di MTD.
  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir di MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains).
Cara memohon:
  • Pemohon boleh mendapatkan boring permohonan kemasukan (BAT B 115 Pin 3/03) di laman web MTD iaitu www.rmc.edu.my secara percuma atau datang sendiri ke alamat seperti di bawah.
  • Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25sm x 36sm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 kepada alamat seperti berikut:
Sel Pemilihan
Pejabat Pegawai Pendidikan Kanan
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR
  • Borang Permohonan BAT B 115 Pin 3/03 yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan semula ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 30 September 2011. Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 30 Januari 2012, permohonan dianggap tidak berjaya.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD melalui talian telefon di nombor 03-90867470/7471.

0 komen:

Post a Comment

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA Academics Top Blogs