Minggu, 29 Januari 2012

Cetak Artikel Ini
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Sukacita dimaklumkan bahawa PTPTN mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk memohon secara atas talian (on-line) untuk jawatan kosong berikut:

Jawatan 1: Pekerja Sambilan Harian (PSH) Ijazah Sarjana Muda

Syarat Lantikan:
  • Warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
  • memilki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki;
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Risiko, yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi/Perhubungan Awam/Kewartawanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Gaji Sehari : RM100.00 (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas);
  • PSH adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa yang dipanjangkan oleh Kerajaan kepada mereka atau arahan pentadbiran lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan;
  • Pengambilan PSH bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, PSH yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan melalui proses pengambilan biasa.

 Jawatan 2: Pekerja Sambilan Harian (PSH) STPM/Diploma.

Syarat Lantikan:
  • Warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
  • Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  • Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Gaji Sehari : RM72.00 (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas);
  • PSH adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa yang dipanjangkan oleh Kerajaan kepada mereka atau arahan pentadbiran lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan;
  • Pengambilan PSH bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, PSH yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan melalui proses pengambilan biasa.
Tarikh tutup permohonan: 01 Februari 2012 (Rabu).

Sila klik di SINI untuk memohon.

Senarai nama calon yang berjaya untuk menghadiri sesi temuduga akan dipaparkan di laman web PTPTN mulai
8 Februari 2012 atau calon akan dihubungi melalui email/telefon.

Dapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan!

Dikirim oleh Putra Kembara @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "Jawatan Kosong: Pekerja Sambilan Harian (PSH) Ijazah dan STPM/Diploma di PTPTN" ini telah dikirim oleh Putra Kembara. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2012/01/jawatan-kosong-pekerja-sambilan-harian.html. Semoga bermanfaat.

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA