Selasa, 07 Februari 2012

Cetak Artikel Ini
Program Biasiswa Maybank bertujuan menyediakan pembiayaan penuh untuk pelajar yang layak dalam pengajian tinggi. Ia adalah sebahagian daripada strategi pembangunan modal insan syarikat untuk melahirkan generasi pemimpin yang dapat membantu Maybank mencapai visinya sebagai peneraju perkhidmatan kewangan serantau.
Tempoh Permohonan:
1. Luar Negara: Jun 2012. Borang permohonan akan dimaklumkan kemudian.
2. Tempatan: 6 Jan - 18 Februari 2012. Muat turun borang permohonan Biasiswa Maybank di SINI.

Kemudahan:
  • Pembiayaan penuh daripada peringkat Pra-Universiti sehingga ke tahap Ijazah (yuran pengajian, kediaman, laptop dan elaun sara hidup).
  • Kemudahan latihan kerjaya (praktikal, dan program-program seumpamanya).
  • Tawaran bekerja dengan Maybank setelah tamat pengajian.
Kelayakan:
  • Umur tidak melebihi 18 tahun.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 6A di peringkat SPM atau setaraf.
  • Pengalaman kepimpinan dalam aktiviti ko-kurikulum (peringkat sekolah menengah ke atas).
  • Individu bersemangat tinggi yang mencari kerjaya mencabar dan berbaloi setelah tamat pengajian.
  • Pemohon mestilah bukan penerima bantuan atau biasiswa daripada mana-mana organisasi atau yayasan.
Permohonan yang telah diisi dengan lengkap boleh dihantar ke emel scholarship@maybank.com.my atau ke alamat berikut:

Resourcing Centre
Group Human Capital
44th Floor, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi. *Tertakluk kepada terma dan syarat.
 
Hubungi Kami:
Laman web: www.maybank.com/scholarship
Emel: scholarship@maybank.com.my
Facebook: www.facebook.com/maybank


Dikirim oleh Putra Kembara @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "Biasiswa: Program Biasiswa Maybank 2012" ini telah dikirim oleh Putra Kembara. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2012/02/biasiswa-program-biasiswa-maybank-2012.html. Semoga bermanfaat.

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA