[Terbaru] Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA Sesi 1/2013 Untuk Peringkat Ijazah Pertama
Kerajaan pada prinsipnya mengalakkan pelajar-pelajar mengikuti pengajian di dalam negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Sehingga kini terdapat 20 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan lebih 500 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan pelbagai bidang pengajian kepada pelajar. Sungguhpun demikian, kerajaan menerima banyak permohonan daripada pelajar-pelajar persendirian yang sedang mengikuti pengajian di luar negara untuk mendapatkan bantuan kewangan. Sehubungan itu, kerajaan meluluskan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara Untuk Peringkat Ijazah Pertama bagi meringankan beban kewangan pelajar-pelajar persendirian di luar Negara tertakluk kepada syarat dan kriteria yang tertentu.

Tarikh Permohonan
Dibuka/ Ditutup:
Sesi
1/2012: 1 Februari 2012 sehingga 29 Februari 2012.
Sesi
2/2012: 1 Julai 2012 sehingga 31 Julai 2012.
Syarat-Syarat Umum:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur di bawah 25 tahun pada 1 Januari pada tahun semasa permohonan dibuat;
- Belum mempunyai Ijazah Pertama;
- Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar bukan merupakan peminjam/ penjamin tegar kepada mana-mana skim pinjaman/ biasiswakerajaan;
- Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman dan tidak disenarai hitamkan dalam mana-mana skim pinjaman kerajaan;
- Ibu/ bapa/ adik-beradik/ pelajar tidak pernah melanggar manamana kontrak biasiswa kerajaan;
- Hanya seorang daripada ahli keluarga sahaja yang layak mendapat pinjaman pada satu-satu masa. Permohonan ahli keluarga yang lain hanya akan dipertimbangkan selepas peminjam sebelumnya telah membuat bayaran balik pinjaman sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
- Bagi program berkembar, pinjaman hanya diberikan untuk tempoh pengajian di luar negara sahaja;
- Sila rujuk Garis Panduan Skim Pinjaman untuk syarat-syarat terperinci.
Cara Memohon:
Permohonan
hendaklah dibuat secara online di Portal JPA di www.jpa.gov.my atau
di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my dan disusuli dengan penghantaran dokumen-dokumen
sokongan yang telah disusun mengikut turutan, dikepilkan (comb-binding) dan
disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan
dihantar ke alamat seperti berikut:
Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian
Pembangunan Modal Insan
Aras
5, Blok C1, Kompleks C
Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510
Putrajaya
(u.p:
Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
Permohonan
yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Keputusan Permohonan:
Keputusan
permohonan sesi 1/2012 akan dimaklumkan secara online di Portal JPA pada 24
April 2012.
Sebarang
pertanyaan mengenai permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar di Negara
boleh dibuat dengan menghubungi:
Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian
Pembangunan Modal Insan
Aras
5, Blok C1, Kompleks C
Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510
Putrajaya
(u.p:
Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
Tel
:03-8885 3436 / 03-8885 3562
Faks
:03-8889 2640
E-mail : penawaranlsp@jpa.gov.my* Sumber
+JomStadi.gif)
0 komen:
Post a Comment