Jumaat, 23 Mac 2012

Cetak Artikel Ini
Di Astro, kami percaya bahawa pendidikan boleh mengubah dan memberi inspirasi kepada orang ramai dalam membentuk dan membina masa depan yang lebih besar untuk diri sendiri, keluarga, komuniti dan akhirnya negara kita. Justeru itulah Anugerah Biasiswa Astro 2012 diadakan.

Tarikh tutup: 15 April 2012.
Antara bidang pengajian yang terlibat termasuk program ijazah pertama adalah seperti berikut:
  • Perakaunan dan Kewangan
  • Seni dan Rekabentuk
  • Pentadbiran dan Pengurusan Perniagaan
  • Komputer grafik
  • Drama, Tarian dan Sinematik
  • Ekonomi
  • Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan
  • Kejuruteraan
  • Komunikasi Massa dan Kewartawanan
  • Multimedia
  • Persembahan Seni
  • TV, Filem dan Produksi
  • Bidang lain yang berkaitan dengan industri.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai negara dan universiti yang ditawarkan, sila klik DI SINI. Sila baca kriteria kelayakan sebelum memohon.

Kriteria Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak lebih daripada 21 tahun.
  • Ibubapa (atau ahli keluarga terdekat) mestilah merupakan pelanggan Astro.
  • Pemohon yang memohon untuk universiti luar negara mestilah memiliki keputusan pra-universiti.
  • Lepasan SPM hanya layak memohon untuk universiti tempatan.
  • Pemohon mestilah mempunyai keputusan akademik yang konsisten dan cemerlang. Klik DI SINI untuk mengetahui syarat kelayakan minimum.
  • Keputusan ramalan diterima bagi pelajar yang menyambung pengajian di peringkat A Levels; namun ianya sah untuk pelajar yang telah tamat A2/ AL.
  • Pemohon harus menerima surat tawaran tanpa syarat atau bersyarat daripada pihak universiti.
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dan aktif menyertai kurikulum tambahan, aktiviti sosial dan kesukarelawanan.
  • Tidak terikat dengan mana-mana institusi atau syarikat.
  • Pemohon mestilah berada di Malaysia untuk menghadiri Penilaian Kedua.
Proses Permohonan:
  • Klik DI SINI.
  • Sila isikan maklumat peribadi anda. Hantar resume anda secara online. Dokumen mestilah dalam format DOC atau DOCX dan tidak melebihi 2 MB.
  • Teruskan dengan penilaian online, yang akan mengambil masa lebih kurang satu (1) jam (hanya untuk calon yang disenarai pendek). Kalkulator diperlukan.
* Sila nyahaktifkan pop-up blocker. Anda akan dibawa ke laman pihak ketiga yang dilantik.


Dikirim oleh Putra Kembara @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "Anugerah Biasiswa Astro 2012" ini telah dikirim oleh Putra Kembara. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2012/03/anugerah-biasiswa-astro-2012.html. Semoga bermanfaat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA