Sabtu, 24 Mac 2012

Cetak Artikel Ini
PETRONAS sekali lagi menawarkan biasiswa pendidikan peringkat universiti kepada calon-calon SPM 2011 di dalam bidang-bidang khusus berkaitan industri minyak dan gas.

Permohonan dipelawa daripada calon-calon yang memiliki latarbelakang pencapaian akademik yang cemerlang di samping mempunyai sifat kepimpinan yang terbukti melalui penglibatan aktif di dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum, sosial serta kesukarelawanan.
Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS adalah penajaan yang berbentuk biasiswa.Program ini terbuka kepada program sarjana muda di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) atau universiti luar negara.

PROGRAM DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)
Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti program di UTP dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

PROGRAM DI UNIVERSITI LUAR NEGARA
Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti program di universiti luar negara dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.


Permohonan secara "online" dibuka mulai 9.00 pagi, 21 Mac 2012. Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.00 petang, 28 Mac 2012.


Anda juga boleh cuba di sini:

Dikirim oleh Tawaran Biasiswa @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "Tawaran Biasiswa Pendidikan Petronas 2012" ini telah dikirim oleh Tawaran Biasiswa. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2012/03/tawaran-biasiswa-pendidikan-petronas.html. Semoga bermanfaat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA