Sabtu, 21 April 2012

Cetak Artikel Ini
Tawaran Biasiswa
Kerajaan Negeri Sabah 2012

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapanya dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat SPM / STPM atau yang setaraf / Matrikulasi, adalah dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.

KELAYAKAN MEMOHON

Had Umur
  • Bagi Kursus (A)1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun
  • Bagi Kursus (A)2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun
Kelulusan Akademik
  • Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk Universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
  • Lulus Sijil STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred B dalam empat (4) matapelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf.
  • Berkelulusan Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00
  • Lulus Foundation / Alpha dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50
  • Pelajar yang sedang belajar di IPT perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00
CARA MEMOHON
  • Permohonan dibuat melalui On-line dengan melayari www.biasiswa.sabah.gov.my mulai 01 April 2012. Setiap pemohon mestilah menpunyai E-Mail peribadi masing-masing.
  • Bagi Daerah-daerah berikut yang kemungkinan menghadapi kesukaran akses kepada online ada disediakan borang permohonan:
             - Pejabat Daerah : Kinabatangan, Tongod dan Pitas.
             - Pejabat Daerah Kecil : Matunggong, Pagalungan, Sook,
               Tungku, Banggi, Kemabong, Paitan dan Telupid.
             - Perpustakaan : Nabawan, Beluran, Kota Marudu dan Ranau.
  • Borang permohonan yang lengkap diisi dan berserta salinan-salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah disahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:
Bahagian Biasiswa dan Latihan
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
Tingkat 3, Wisma Perindustrian
Jalan Istiadat, Likas
Beg Berkunci No. 2076
88999 KOTA KINABALU, SABAH.
Selewat-lewatnya pada : 03/05/2012
PERHATIAN
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
  • Keputusan permohonan boleh disemak melalui online.
  • Kursus-kursus Matrikulasi / Asasi / Foundation tidak ditaja.
  • Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pajabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut.
  • Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Dikirim oleh Putra Kembara @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2012" ini telah dikirim oleh Putra Kembara. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2012/04/tawaran-biasiswa-kerajaan-negeri-sabah.html. Semoga bermanfaat.

1 komen:

  1. Bolehkah dalam 1 keluarga tu, dua orang adik beradik mohon BKNS?

    BalasHapus

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA