Mencari...
Thursday, June 21, 2012

Jawatan Kosong: Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41 di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

11:40:00 PM
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), sebuah organisasi pemungut cukai terulung yang juga penerima Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2009, sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk mengisi jawatan kosong berikut:

Jawatan: Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41 (Kontrak)
Tarikh Tutup: 26 Jun 2012
Logo Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Kriteria Yang Diperlukan
  • Berdaya saing, asertif, pemikiran kritis, dinamik serta matang.
  • Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik. Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berkemahiran dalam bahasa etnik seperti Mandarin, Tamil dan bahasa lain adalah satu kelebihan.
  • Aktif dalam kegiatan luar terutama dalam bidag sukan, seni mempertahankan diri dan pasukan beruniform.
Kelayakan
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya; ATAU
  • Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination) dan diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya; DAN
  • Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai bidang tugas, skim gaji dan maklumat temuduga, sila muat-turun dokumen di SINI.

Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat melalui laman web JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsmalaysia.gov.my.

Semua permohonan tidak perlu dicetak /dipos ke LHDNM. Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan, dianggap tidak berjaya.

Sumber: http://www.hasil.org.my/goindex.php?kump=2&skum=7&posi=1&unit=1&sequ=1 (21 Jun 2012)

0 komen:

Post a Comment

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA Academics Top Blogs