Rabu, 31 Oktober 2012

Cetak Artikel Ini
Meskipun segelintir masyarakat melihat Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai kumpulan yang kurang bernasib baik dan memerlukan perhatian, namun ironiknya masyarakat sekeliling terutamanya di Malaysia kurang prihatin terhadap golongan ini. OKU seringkali dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling yang merasakan diri mereka lebih bagus. Tetapi pada hakikatnya, ada di antara OKU mempunyai potensi yang lebih baik berbanding mereka yang normal, terutamanya dalam bidang pendidikan. Justeru, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan dua tajaan biasiswa untuk golongan OKU dalam menggalakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Bantuan kewangan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa di politeknik dan kolej komuniti sahaja. Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat kelayakan. Pelajar yang menerima bantuan kewangan ini tidak layak menerima biasiswa atau pinjaman pelajaran lain di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Pemohon hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad pendaftaran OKU. Kursus yang diikuti hendaklah kursus sepenuh masa sahaja yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh tidak layak menerima bantuan kewangan ini.



Tajaan ini memberi insentif / biasiswa dan peluang kepada OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU, yang berkebolehan atau berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Ianya bertujuan untuk meningkat dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk OKU dari segi bantuan kewangan. Tajaan ini merangkumi pembiayaan pengajian daripada peringkat sijil sehinggalah kepada tahap PhD di IPTA, IPTS terpilih, politeknik dan kolej komuniti.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai tajaan biasiswa untuk OKU bolehlah diajukan kepada:

Unit Biasiswa,
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya.

Tel : 03-8870 6000 (samb.)
Faks : 03-8870 683

* Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (31 Oktober 2012)

Dikirim oleh Putra Kembara @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "2 Biasiswa Tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk Orang Kelainan Upaya (OKU)" ini telah dikirim oleh Putra Kembara. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2012/10/2-biasiswa-tajaan-kementerian-pengajian.html. Semoga bermanfaat.

1 komen:

  1. biasiswa tenaga akademik ipta yg 2013 punya xde ke ?

    BalasHapus

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA