Kamis, 25 Oktober 2012

Cetak Artikel Ini
Yayasan Khazanah merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan di bawah kelolaan Khazanah Nasional Berhad, bertujuan untuk mengenalpasti, memilih dan membiayai individu dengan pencapaian akademik cemerlang dan potensi kepimpinan untuk melanjutkan pengajian di universiti-universiti terkemuka, sama ada di Malaysia atau di luar negara.

Yayasan Khazanah turut membentuk dan melaksanakan program-program biasiswa, menyediakan bantuan, insentif dan penajaan kepada individu cemerlang. Objektif jangka panjang Yayasan Khazanah adalah untuk membangun dan mewujudkan kumpulan individu berpotensi dengan kelayakan akademik cemerlang dan kemahiran kepimpinan yang mampu menjadi pemimpin perniagaan dan industri di Malaysia.
Logo Biasiswa Yayasan Khazanah Nasional Berhad

Terdapat 5 jenis biasiswa Yayasan Khazanah yang boleh dipohon mengikut kesesuaian dan kelayakan:

Khazanah Global Scholarship Programme
Khazanah - Oxford Centre for Islamic Studies Merdeka Scholarship Programme
Khazanah - Cambridge Scholarship Programme
Khazanah Watan Scholarship Programme
Khazanah Asia Scholarship Programme

1. Program Biasiswa Khazanah Global (Khazanah Global Scholarship Programme)

Biasiswa ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang merancang untuk meneruskan atau sedang mengikuti pengajian prasiswazah dan pascasiswazah di universiti-universiti terkemuka di luar negara.

Program biasiswa tajaan Khazanah Global ini merupakan satu anugerah berprestij yang menawarkan peluang terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayakan dan merancang untuk menyambung pengajian atau sedang mengikuti pengajian prasiswazah dan pascasiswazah di universiti-universiti terpilih seluruh dunia.

Di samping itu, penerima program biasiswa Khazanah Global juga disediakan dengan latihan kepimpinan dan pendedahan kerja di beberapa organisasi terkemuka di Malaysia. Tempoh penajaan biasiswa Khazanah Global adalah sepanjang pengajian, sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran kemasukan, tertakluk kepada terma dan syarat Yayasan Khazanah.

2. Program Biasiswa Khazanah Merdeka – Pusat Pengajian Islam Oxford (Khazanah - Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) Merdeka Scholarship Programme)

Tajaan biasiswa Yayasan Khazanah ini merupakan kerjasama antara Yayasan Khazanah dan Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), United Kingdom. Ia bertujuan untuk membolehkan pelajar Malaysia yang cemerlang untuk menjalankan kajian sarjana di Universiti Oxford dalam pelbagai bidang.

Calon hendaklah menunjukkan tahap pencapaian akademik yang tinggi dan bagaimana kajian mereka dapat memberi sumbangan kepada keperluan masa depan Malaysia. Objektif jangka panjang program ini adalah untuk mewujudkan kumpulan bakat Malaysia yang memiliki pencapaian cemerlang dalam akademik dan kemahiran kepimpinan yang penting bagi membentuk para pemimpin perniagaan dan industri pada masa depan.

Khazanah - Oxford Centre for Islamic Studies Merdeka Scholarships ini termasuklah yuran universiti dan kolej, penginapan dan elaun sara hidup, dan tambang tiket kapal terbang pergi balik.

3. Program Biasiswa Khazanah – Cambridge (Khazanah - Cambridge Scholarship Programme)

Biasiswa Khazanah-Cambridge mula ditubuhkan pada tahun 2009 hasil tajaan bersama Yayasan Khazanah, Cambridge Commonwealth Trust dan Pusat Pengajian Komanwel Malaysia. Ia bertujuan untuk menyediakan penajaan kewangan kepada rakyat Malaysia yang merancang untuk belajar untuk ijazah sarjana muda dan sarjana di Universiti Cambridge. 

Biasiswa Yayasan Khazanah ini meliputi tempoh penuh kursus pengajian, dan menyediakan yuran pengajian, perbelanjaan sara hidup bulanan, tambang tiket kapal terbang pergi balik dan peruntukan lain seperti elaun buku dan elaun akhir pengajian.

4. Program Biasiswa Khazanah Watan (Khazanah Watan Scholarship Programme)

Biasiswa Khazanah Watan adalah satu anugerah berprestij yang menawarkan peluang untuk rakyat Malaysia berbakat dan berprestasi tinggi untuk melanjutkan pengajian Sarjana Muda dan Sarjana di universiti-universiti tempatan yang terpilih.

Tujuan program biasiswa Yayasan Khazanah ini adalah untuk melatih rakyat Malaysia berbakat dalam mengubah badan-badan GLC menjadi perniagaan yang berdaya saing di peringkat tempatan dan antarabangsa, serta menggalakkan individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang untuk meneraju dan mengambil bahagian dalam inisiatif penyelidikan yang akan menyumbang kepada kemajuan reputasi universiti berkaitan dalam penyelidikan dan inovasi.

5. Program Biasiswa Khazanah Asia (Khazanah Asia Scholarship Programme) 

Yayasan Khazanah percaya bahawa pendidikan yang baik memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membentuk dan membina masa depan yang lebih baik. Dengan tujuan untuk menyumbang ke arah pembangunan sosial di negara-negara operasinya, Yayasan Khazanah berusaha untuk membangunkan pemimpin yang berpotensi memberi sumbangan berharga kepada negara mereka.

Justeru itu, Biasiswa Khazanah Asia diwujudkan hasil kerjasama antara Khazanah Nasional dan rakan kongsi serta pelaburnya untuk calon-calon dari Bangladesh dan Indonesia yang layak untuk melanjutkan pelajaran prasiswazah dan pascasiswazah mereka di universiti terpilih di Malaysia.

* Sumber: http://yayasankhazanah.com.my/ (sebagaimana pada 25 Oktober 2012)

Dikirim oleh Putra Kembara @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "Biasiswa: 5 Tawaran Biasiswa Yayasan Khazanah (Khazanah Nasional Berhad)" ini telah dikirim oleh Putra Kembara. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2012/10/biasiswa-5-jenis-biasiswa-yayasan.html. Semoga bermanfaat.

0 komen:

Poskan Komentar

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA