Minggu, 04 November 2012

Cetak Artikel Ini
Sebagaimana yang telah dijanjikan, permohonan untuk Bantuan Tunai RM500 ataupun lebih popular dipanggil sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia 2013 (BR1M 2.0) kini telahpun diumumkan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 kali ini turut diperluaskan kepada 2.7 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dengan jumlah pendapatan kasar RM2,000 dan ke bawah.

BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion merupakan satu lagi tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk meringankan beban rakyat di tengah kemelut kenaikan kos sara hidup masa kini.
borang BR1M 2.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2013
Meskipun ada pihak yang menimbulkan spekulasi bahawa bantuan rakyat RM500 ini merupakan muslihat untuk memancing undi, namun yang pasti bantuan RM500 ini bakal membantu 4.3 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000.

Penerima bantuan RM500 bagi tahun 2012 tidak perlu membuat permohonan baru kali ini kerana akan layak secara automatik. Namun menurut siaran media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.

Bagi mereka yang tercicir dan belum memohon, borang BR1M 2.0 boleh didapati di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara. Bagi memudah dan melancarkan urusan anda, borang BR1M 2.0 online juga dapat diisi di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Isi Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) Online
Muat Turun Percuma Borang BR1M 2.0

Bantuan Rakyat RM500 ini bermula daripada 1 November 2012 dan tarikh tutup permohonan bakal diumumkan kelak. Bantuan BR1M 2.0 dijangka akan diagihkan pada awal tahun 2013.

[ Kemas kini: Permohonan untuk pendaftaran BR1M 2.0 dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013 ]



Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia (30 Oktober 2012)

Dikirim oleh Putra Kembara @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "BR1M 2.0: Mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia 2013 Sekarang" ini telah dikirim oleh Putra Kembara. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2012/11/br1m-20-mohon-bantuan-rakyat-1malaysia.html. Semoga bermanfaat.

0 komen:

Poskan Komentar

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA