Senin, 15 April 2013

Cetak Artikel Ini
Industri minyak dan gas (oil and gas) terus mengalami perkembangan yang pesat di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Ianya memerlukan kakitangan teknikal yang berkelayakan dan mahir di dalam bidang operasi dan penyelenggaraan.

Dengan itu, Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai program latihan di dalam bidang teknologi petroleum yang akan dijalankan di INSTEP Kuala Terengganu. Permohonan Kemasukan Ke Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) Bagi Sesi Ambilan JULAI 2013 akan dibuka mulai 14 April 2013 dan tarikh tutup adalah pada 28 April 2013 sebelum jam 5 petang.

Logo Institut Teknologi Petroleum Petronas_Permohonan Kemasukan Ke INSTEP Sesi Ambilan Julai 2013
Program Yang Ditawarkan: PTP-1 Program Teknologi Petroleum (Elektrikal, Instrumentasi, Makmal, Pengeluaran, Mekanikal dan Proses)
Tempoh Permohonan: 14 April 2013 – 28 April 2013
Keputusan Pemilihan: Rujuk Pengumuman
Jangkamasa Program: Satu (1) tahun, termasuk Latihan Industri (LI)
Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki Diploma Kejuruteraan (Mekanikal, Instrumentasi, Elektrikal, Kimia, Mekatronik, Proses atau yang setaraf) dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1hb Januari 2013;
  • Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna;
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baik.
Cara Memohon:
  • Permohonan mestilah dibuat secara atas talian (online) melalui portal web INSTEP di www.instep-online.my;
  • Setiap permohonan dikenakan yuran proses sebanyak RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja);
  • Bayaran hendaklah dibuat atas nama PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD melalui CIMB Bank - No. Akaun: 13020021371054;
  • Untuk memudahkan urusan permohonan, pemohon dinasihatkan menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran sebelum membuat permohonan secara online;
  • Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga yang dijangka pada pertengahan bulan Mei 2013;
  • Jika anda membuat pembayaran yuran proses menggunakan money order / postal order, sila catatkan Nama dan Kad Pengenalan di belakangnya dan hantar ke: Lot 9764, Mukim Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu;
  • Sila teliti / dapatkan setiap panduan yang disediakan di laman web bagi mengelakkan sebarang kekeliruan semasa mengisi maklumat permohonan secara online;
  • Pemohon dikehendaki mengingati Kata Laluan bagi tujuan mengemaskini Borang Permohonan dan menyemak status permohonan.
Keputusan pemilihan bagi mengikuti Sesi Temuduga dan Ujian Bertulis akan diumumkan secara online dengan melayari laman web ini dari semasa ke semasa. Keputusan pemilihan adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (T4P3003),
Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
21020 Kuala Terengganu.
Tel: 09-668 6134 / 6135 / 6150 | Faks: 09-668 6130
Emel: instep[at]petronas.com.my

Semoga Berjaya..!!!

Sedikit pengenalan tentang Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP):

Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) merupakan satu daripada dua institut latihan kendalian PETRONAS Management Training Sdn Bhd, sebuah subsidiari latihan pengurusan dan teknikal PETRONAS.

INSTEP pada mulanya ditubuhkan pada tahun 1983 sebagai kemudahan latihan untuk juruteknik minyak dan gas, yang turut dikenali sebagai Institut Latihan Perindustrian Petroleum (ILPP). Selepas itu, ia telah dijenamakan semula kepada INSTEP sebagai cerminan perkembangan skopnya di samping tambahan kursus khas untuk para jurutera dan eksekutif teknikal serta kursus-kursus dalam Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, khususnya yang berkaitan dengan konteks industri petroleum.

Sejak penubuhannya, INSTEP telah melatih lebih daripada 6,000 juruteknik untuk industri petroleum, dan merupakan sumber utama tenaga kerja mahir bagi kumpulan syarikat PETRONAS. Selain PETRONAS, syarikat multinasional lain yang beroperasi di negara ini juga telah terlibat perkhidmatan INSTEP untuk melatih bakal pekerja mereka termasuk AMOCO Chemical, TIOXIDE, EASTMAN Chemical, IDEMITSU, Talisman, ExxonMobil, BASF, BP Chemical and SHELL Middle Distillate Synthesis.

Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) juga menyumbang kepada aktiviti luar negara PETRONAS dengan memberikan perkhidmatan kepada rakan-rakan strategiknya seperti Premier Oil (Myanmar), PetroVietnam dan Sudapet (Sudan).


* Sumber: INSTEP, PETRONAS

Dikirim oleh Putra Kembara @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "Pendidikan: Permohonan Kemasukan Ke Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) Bagi Sesi Ambilan JULAI 2013" ini telah dikirim oleh Putra Kembara. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2012/11/pendidikan-permohonan-kemasukan-ke_13.html. Semoga bermanfaat.

1 komen:

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA