Selasa, 30 April 2013

Cetak Artikel Ini
Khas buat anda yang memasang impian untuk bekerja di langit biru, AirAsia Berhad sedang mengadakan jelajah temuduga terbuka jawatan pramugara / pramugari di seluruh Malaysia bagi tahun 2013. Calon-calon yang berjaya akan ditugaskan di Terminal LCC, Sepang.

Siri temuduga terbuka AirAsia Disember 2013 akan dijalankan mengikut lokasi dan ketetapan berikut:
JOHOR
Tarikh: 7 Disember 2013
Lokasi: Lapanga Terbang Antarabangsa Senai, 81250 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
KUALA LUMPUR
Tarikh: 15 Disember 2013
Lokasi: Asian Aviation Centre of Excellence (AirAsia Academy), Lot PT25B Jalan KLIA S5, Southern Support Zone KLIA 64000 Sepang, Selangor Darul Ehsan.
SABAH
Tarikh: 21 Disember 2013
Lokasi: AirAsia Berhad, 1st floor, Terminal 2, Kota Kinabalu International Airport, Old Airport Road, Tanjung Aru 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
SARAWAK
Tarikh: 21 Disember 2013
Lokasi: AirAsia Berhad, L2L-02 Terminal Building, Kuching International Airport, 93756 Kuching, Sarawak.
PULAU PINANG
Tarikh: 28 Disember 2013
Lokasi: AirAsia Berhad, Penang International Airport, Lot 315 Mezzanine Floor, Level 3, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Masa pendaftaran untuk semua temuduga di atas bermula dari 9AM - 11AM.
Jawatan Kosong: Siri Jelajah Temuduga Terbuka Pramugara Pramugari AirAsia Disember 2013

Bagi sesi temuduga terbuka pada Disember 2013, syarat dan kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja (Lelaki / Wanita);
  • Umur: 20 - 35 tahun;
  • Mendapat pelepasan PLKN bagi pemohon yang berusia 18 tahun, bawa bersama Sijil Tamat Latihan (Certificate of Completion) atau Semakan Pelatih daripada khidmatnegara.gov.my;
  • Ketinggian: minimum 170sm / maksimum 180sm (lelaki), minimum 157sm / maksimum 170sm (perempuan);
  • Berkelulusan SPM dengan KREDIT dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia;
  • Graduan daripada mana-mana disiplin dan krew yang berpengalaman digalakkan memohon.
Maklumat Permohonan:
  • Borang permohonan yang telah dilengkapkan (http://www.airasia.com/FA-application/form.html);
  • Sijil-sijil akademik berkaitan yang asal beserta salinan;
  • CV terkini (sila cetak daripada Jobstreet);
  • Kad Pengenalan asal beserta salinan;
  • Sekeping fotograf bersaiz pasport (kepala dan bahu);
  • Sekeping foto penuh yang terbaru (bersaiz poskad);
  • Hantar permohonan secara online.
Jawatan yang ditawarkan adalah untuk mengisi kekosongan di pangkalan LCC Terminal, Sepang, Malaysia. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

Semoga berjaya!


Sumber: http://www.airasia.com/my/en/about-us/flight-attendant.page (30 November 2013)

Dikirim oleh Putra Kembara @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "Jawatan Kosong: Siri Jelajah Temuduga Terbuka Pramugara Pramugari AirAsia 2013" ini telah dikirim oleh Putra Kembara. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2013/01/temuduga-terbuka-airasia-januari-2013.html. Semoga bermanfaat.

15 komen:

  1. Saya sangat berminat tapi cuma lulus atas saja Bi,dan memiliki sijil STPM.Bolehkah saya memohon

    BalasHapus
  2. i interest to join as a steward.but i don't have credit in English.can someone else help me to share your comment?

    BalasHapus
  3. Semua kelayakan tu I dah ada tp I 19 tahun. Tak boleh ke nak pergi interview ni,? :'(

    BalasHapus
  4. minat sgt tpi umur tidak cukup dngan bhsa inggeris stakat lulus bkn crdt

    BalasHapus
  5. knapa ambil dari umur 20-35 je..? i nak,tapi i baru je 18 thn.. tak boleh ke ambil umur dari 18-35 thn..?

    BalasHapus
  6. Boleh pergi interview even you guys baru 18. Cause I dapat join AA when I'm 18. And for the English failure you guys no need to worry about cause boleh je guna spm and also any cert English yang korang lulus. Pergi la sebab Sekarang AA Mmg sedang Cari crew. Sebab ramai yang dah g Malindo :)

    BalasHapus
    Balasan
    1. how bout the height? is it possible klu height xckup?

      Hapus
  7. saya berminat :( tapi BI saya gagal.
    yg layan saya lulus , boleh kah kalo saya ambil kursus BI ?

    BalasHapus
  8. oh...how i wish..tapi saya di sabah..

    BalasHapus
  9. penipu la AA sgt ketat procedure intrview dia, langsung xde excuse ok..!. aku dh g intrview ,ramai yg disuruh balik n x smpat intrview coz bi x kedit,.. muka ada jerawat walau sebiji pun xleh, kesan2 parut kt tangan atau muka pun xleh, tangan n kuku pun kene cek oleh interviewer , kulit hitam cm paria pun jgn harap nk lepas,..,. padahal keje cuma cm konduktor bas je kuli batak beza nye cuma dia kt fight, kne hidang n jual mkn, kne sapu n kutip sampah dlm flight cam kje cleaner la ,. so ape yg nk ketat sgt intrview dia ntah bkn nk apply jd pilot pun, dh la kje cm cleaner, so sape2 xyah buang masa g,.. intrviewer pun dr kakitngan AA lelaki2 cantik yg nmpak lelaki tp jalan gelek2 , jantan2 bapok yg berangan.. ni la syarikat yg x de TIMBANG RASA.... !!!!!!

    BalasHapus
    Balasan
    1. come on, u x dpt keje tu, mgkn ada sbb.. i pun x dpt sbb kurang tinggi.. rilex ar... tak perlu marah2

      Hapus
  10. i fail math in my spm,can i apply as cabin crew???

    BalasHapus
  11. Saya berminat tetapi BI failed. What should I do to get this job

    BalasHapus
  12. Berat badan camne pulak?xtulis berat badan min n max bape.ada sapa2 tahu?

    BalasHapus

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA