Senin, 25 Maret 2013

Cetak Artikel Ini
Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 dibuka bermula 22 Mac 2013 sehingga 31 Mac 2013.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:




1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus: Sepenuh Masa

2. STRUKTUR PROGRAM
  • Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
  • Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester
Tarikh tutup: 31 MAC 2013 (11.59 MALAM)
Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Ambilan JUN 2013

3. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN
  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta
    • Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
4. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
    • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
    • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    • Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun / lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Sekolah Kebangsaan (SK)
Bahasa Melayu Pendidikan Jasmani
Bahasa Inggeris Pendidikan Seni Visual
Matematik Sejarah
Sains Muzik
Pendidikan Khas Pemulihan
Pendidikan Islam Reka Bentuk dan Teknologi
Bimbingan dan Kaunseling Bahasa Tamil
Bahasa Cina Bahasa Arab
Bahasa Kadazan Dusun Bahasa Iban
Pra Sekolah -

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Bahasa Melayu Pendidikan Seni Visual
Bahasa Inggeris Sejarah
Matematik Muzik
Sains Pemulihan
Pendidikan Khas Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Islam Bimbingan dan Kaunseling
Pendidikan Jasmani Pra Sekolah
Pengajian Cina -

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Bahasa Melayu Pendidikan Seni Visual
Bahasa Inggeris Sejarah
Matematik Muzik
Sains Pemulihan
Pendidikan Khas Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Islam Bimbingan dan Kaunseling
Pendidikan Jasmani Pra Sekolah
Pengajian Tamil -

6. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
  • Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
7. CARA MEMOHON
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia Ambilan Jun 2013 mulai 22 Mac 2013.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang Aplikasi Permohonan Program Perguruan bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  • Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
PERINGATAN: Calon yang berjaya ditawarkan program ini dan didapati memalsukan maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menarik balik tawaran tersebut.


Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
No. Telefon : 03 88841260/1280/1249/1242/1259/1230/1240


URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No. Telefon : 088 236804


URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak.
No. Telefon : 082 258045



Dikirim oleh Putra Kembara @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013" ini telah dikirim oleh Putra Kembara. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2013/03/tawaran-ijazah-perguruan-pismp-jun-2013.html. Semoga bermanfaat.

0 komen:

Poskan Komentar

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA