Senin, 18 Maret 2013

Cetak Artikel Ini
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BAGI LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) DAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) AMBILAN KHAS JUN 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan UEC dan SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program seperti berikut:




1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah: (a)Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
Pilihan Ijazah: (b)Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus: Sepenuh Masa

2. STRUKTUR PROGRAM
  • Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
  • Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester
Tarikh tutup: 31 MAC 2013 (11.59 MALAM)
TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN BAGI LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) DAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) AMBILAN KHAS JUN 2013
3. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.
4. SYARAT TAMBAHAN
  • Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
    • Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML).

  • Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
    • Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat SMA atau SMU.
5. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
    • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
    • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    • Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    • Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:
      • Bahasa Melayu Komunikasi;
      • Sejarah; dan
      • Pendidikan Moral.

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
    • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
    • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    • Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    • Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:
      • Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah;
      • Sejarah; dan
      • Pendidikan Syariah Islamiah.
6. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
  • Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
7. CARA MEMOHON
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2013.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  • Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
PERINGATAN: Calon yang berjaya ditawarkan program ini dan didapati memalsukan maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menarik balik tawaran tersebut.



Dikirim oleh Putra Kembara @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "Tawaran Program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Khas 2013" ini telah dikirim oleh Putra Kembara. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2013/03/tawaran-program-ijazah-sarjana-muda.html. Semoga bermanfaat.

0 komen:

Poskan Komentar

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA