Minggu, 07 April 2013

Cetak Artikel Ini
Temuduga Terbuka Pramugari Malindo Air | Malindo Air ialah sebuah syarikat penerbangan tambang murah selain AirAsia yang berpangkalan di Malaysia. Ia merupakan hasil usaha sama di antara Industri Aeroangkasa dan Pertahanan Nasional (NADI) Malaysia (51%) dengan syarikat penerbangan Indonesia Lion Air (49%). Nama "Malindo" merupakan gabungan nama di antara dua negara serumpun iaitu Malaysia dan Indonesia.

Pada mulanya, Malindo Air merancang untuk memulakan operasi pada bulan Mei 2013 dari terminal baru KLIA2. Namun penerbangan domestik telah dilancarkan pada 22 March 2013.

Sehubungan dengan itu, pihak Malindo Air sedang mengadakan temuduga terbuka kepada mereka yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong pramugari Malindo Air.

Jawatan Kosong: Temuduga Terbuka Pramugari Malindo Air

Syarat Kelayakan:
  • Wanita;
  • Warganegara Malaysia;
  • Umur di antara 19 - 35 tahun;
  • Ketinggian 160cm ke atas;
  • Berat kurang daripada 60kg;
  • SPM dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Cara Memohon:

Temuduga Terbuka Malindo Air akan diadakan pada hari dan masa berikut:
Tarikh: 29 - 30 Ogos 2013
Masa: 10.00am - 5.00pm
Lokasi: C-03-03, Oasis Damansara, Jln PJU 1A/7A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Sebelum menghadiri temuduga, pastikan anda menghantar emel kepada hr@malindoair.com dengan subjek 'Applying Job for: AIR STEWARDESS CABIN CREW'. Tuliskan butiran diri anda serta lampirkan CV terbaru dalam emel tersebut.

Jangan lupa bawa dokumen-dokumen yang berkaitan seperti CV terbaru, kad pengenalan, sijil-sijil akademik beserta salinan, 2 keping gambar berukuran pasport dan 2 keping gambar penuh. Semoga berjaya!



Dikirim oleh Putra Kembara @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "Pramugari Malindo Air: Bukan Sekadar Tambang Murah" ini telah dikirim oleh Putra Kembara. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2013/04/temuduga-terbuka-pramugari-malindo-air.html. Semoga bermanfaat.

8 komen:

  1. pramugara tak de ke..hehe..nak cuba juga...

    perlukan bantuan untuk vote blog saya...

    http://www.melastikbintang.com/blogger/contest-review-blog-paling-popular.html

    BalasHapus
    Balasan
    1. pramugara stakat ni xda lg bro :) post akan diupdate jika ada pengambilan terbaru utk pramugara..

      apa-apa pun, dah vote review blog MB kat DH..smoga berjaya :)

      Hapus
  2. my sister nak apply , but kat mana ya ?

    BalasHapus
    Balasan
    1. your sis hav to go for the interview..tp skrg dah tutup..apa2pun post ini akan dikemaskini sekiranya ada maklumat temuduga terbaru..stay tuned :)

      Hapus
  3. saya pown nak bah.. p mslhar dia BI lulus biasa jer

    BalasHapus
  4. minat saya dari kecil lagi nk jadi pramugari,,tapi masalahnye saya lulus english dan bm je..xdapat krdt..tapi saya mempunyai kelebihan dalam bahasa asing,,aritu pergi interview kat kl,untuk mas airline tapi di tolak sebab bm dan bi x krdt,,,frust sangat,,dahla datang dari jauh,,,adakah saya perlu mencuba lagi walau saya hanya lulus dalam bi dan bm aje?atau terus lenyapkan impian saya itu?

    BalasHapus
    Balasan
    1. mungkin boleh cuba ambil paper julai untuk subjek bm dan bi..

      Hapus
  5. Boleh saya tahu masa interview baju apa kena pakai?

    BalasHapus

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA