Sabtu, 4 Mei 2013

Cetak Artikel Ini
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei 2013. Itu sudah pasti. Tapi belum dapat dipastikan parti mana yang bakal menerajui kepimpinan negara untuk penggal yang akan datang. Ramai kenalan JomStadi yang berpendapat bahawa PRU13 kali ini adalah sengit.

Selepas penamaan calon pada 20 April yang lalu, semua parti politik di Malaysia mula menggerakkan jentera kempen pilihan raya masing-masing. Selain daripada manifesto Barisan Nasional, pihak pembangkang turut mengeluarkan manisfesto Pakatan Rakyat.

Keputusan Penuh Terkini Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Dikemaskini Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
KEPUTUSAN PENUH TERKINI PILIHAN RAYA UMUM KE-13 (PRU13)
PARLIMEN dan DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
DIKEMASKINI OLEH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPRM)

Tempoh berkempen sememangnya penting bagi memberi laluan kepada setiap parti untuk mempromosikan calon DUN dan Parlimen masing-masing. Semua kelebihan dan kebaikan calon parti dijulang bagaikan malaikat. Tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk memburukkan calon lawan demi pangkat dan kuasa selepas PRU13.
Perang bendera sememangnya lumrah dalam kancah PRU di Malaysia. - Foto Bernama.
Pelbagai strategi digunakan demi memenangi hati rakyat tidak kira apa cara sekalipun. Bendera, baju, topi, pelekat, poster dan video merupakan antara bahan kempen yang banyak digunakan sama ada melalui media massa atau media sosial. Setiap parti menggunakan bahan kempen tersebut semaksima mungkin selama tempoh berkempen yang bakal berakhir pada jam 11.59 malam ini (4 Mei 2013).

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya ke-13 (PRU13) menyatakan bahawa tiada aktiviti berkempen dibenarkan pada hari pengundian. Subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 akan dikuatkuasakan yang melarang diadakan, memanggil atau mengaturkan sebarang bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan, hiburan atau memberi ucapan terbuka setelah tamat tempoh berkempen.

Keputusan Penuh Terkini Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Dikemaskini Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
KEPUTUSAN PENUH TERKINI PILIHAN RAYA UMUM KE-13 (PRU13)
PARLIMEN dan DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
DIKEMASKINI OLEH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPRM)

“Dalam jarak 50 meter dari sempadan tempat mengundi, adalah dilarang menentukan identiti mana-mana orang yang memasuki sesuatu tempat mengundi, menyemak dalam senarai nama, merayu-rayu atau memujuk supaya orang tidak mengundi serta menunggu atau berdiri di tempat mengundi (tanpa sebab munasabah),” katanya.[1]

Jadi apakah hasil daripada kempen yang telah diusahakan oleh setiap parti? Calon mana yang berjaya meraih populariti? Di dunia sebenar, anda sebagai rakyat yang bijak pasti lebih tahu hasilnya.

Tapi setelah JomStadi bertanya pada pakcik Google Trends, ternyata calon Barisan Nasional (BN) lebih popular dalam PRU13 kali ini meskipun keputusan undian semasa oleh Denaihati menunjukkan Pakatan Rakyat sedang mendahului Barisan Nasional.
Gambar ini menunjukkan populariti calon setiap parti berdasarkan rekod Google Trends. Ia tidak mengambarkan populariti calon sebenar.
Gambar di atas menunjukkan populariti calon empat parti utama di Malaysia berdasarkan hasil carian di Google iaitu calon BN, calon PAS, calon PKR dan calon DAP. Popular sebab apa? Lu pikir la sendiri.

Sekarang persetankan hal populariti. Popular sahaja masih belum cukup untuk membuktikan keupayaan seseorang calon untuk memimpin. Parti yang popular belum tentu calonnya berkaliber.

Kita sebagai rakyat Malaysia berhak memilih. Ini bukan sekadar masa depan negara, malahan masa depan generasi kita yang akan datang. Jika hancur kepimpinan kita pada hari ini, anak cucu kita sendiri yang bakal merana.

Jadi tunaikan tanggungjawab kita sebagai pemilih. Masanya telah tiba untuk Malaysia Memilih!

Keputusan Penuh Terkini Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Yang Dikemaskini Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
KEPUTUSAN PENUH TERKINI PILIHAN RAYA UMUM KE-13 (PRU13)
PARLIMEN dan DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
DIKEMASKINI OLEH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPRM)



[1] https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/03/tempoh-kempen-pru13-tamat-11-59-malam-esok/

Dikirim oleh Unknown @ JomStadi: Berbagi Di Taman Ilmu

Tulisan bertajuk "Calon BN Popular dan Keputusan Penuh Terkini PRU13" ini telah dikirim oleh Unknown. Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Sebarang cadangan dan kritikan boleh dikongsi dalam kotak komen di bawah. Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan menyatakan sumber dari http://jomstadi.blogspot.com/2013/05/calon-bn-lebih-popular-pru13.html. Semoga bermanfaat.

1 ulasan:

 
Blogged.my Ping di Busuk.org blogr.my GilaPing.com JomStadi di TotalPing.com Kartikel My Zimbio Ping blog, website, atau suapan RSS secara PERCUMA